What Is Geography?

Tuesday, January 17, 2012

RPH Minggu 3 / Semester 1 (Khamis - 19/01/2012)

Tarikh

19 Januari 2012 (Khamis)
Tingkatan

6AK2 (0815 - 0925)

6AK3 (1205 - 1240)

TajukPembangunan Ekonomi & Impak Alam Sekitar
Sub-TajukSektor-sektor Ekonomi - Pertanian
Objektif

Pelajar dapat,

  1. Membincangkan usaha yang dijalankan untuk memajukan sektor pertanian di Malaysia.
  2. Menjelaskan bagaimana Dasar Pertanian Negara yang sedia ada (program-program pembangunan) membantu pembangunan sektor ini.
  3. Membincangkan bagaimana aktiviti pertanian boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar.
  4. Menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan kesan-kesan negatif tersebut.
  5. Merujuk kepada kajian kes di Daerah Serian,
    i. menyatakan jenis-jenis tanaman yang diusahakan oleh penduduk di kawasan tersebut.
    ii. menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi jenis-jenis tanaman utama yang diusahakan di kawasan tersebut.
    iii. membincangkan sumbangan aktiviti pertanian tersebut kepada sosioekonomi penduduk setempat.
    iv. mengenal pasti impak aktiviti pertanian tersebut terhadap alam sekitar setempat.
    v. mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan impak aktiviti pertanian terhadap alam sekitar.
Aktiviti
  1. Amalan komunikasi
  2. Sumbangsaran
  3. Pembentangan kumpulan
  4. Sesi soal jawab
  5. Rumusan
Catatan / RefleksiPembentangan oleh pelajar kelas 6AK2 telah dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif. Bagi kelas 6AK3, pelajar kurang bersedia dan gagal menyampaikan isi kandungan pembentangan dengan tepat. Pembentangan bagi tajuk tersebut bagi kelas 6AK3 akan dibuat semula pada sesi P & P yang akan datang.

No comments:

Post a Comment