What Is Geography?

Wednesday, July 28, 2010

RPH Minggu 30 / Semester 2 (Jumaat - 30/07/2010)

Aktiviti P & P tidak dapat berlangsung pada hari ini sebab semua pelajar menghadiri ceramah tentang Strategi menjawab Soalan bagi Mata Pelajar Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, tugasan kumpulan telah diedarkan kepada pelajar untuk membuat persediaan bagi aktiviti pembentangan dan perbincangan kumpulan pada sesi P & P yang akan datang.

RPH Minggu 30 / Semester 2 (Khamis - 29/07/2010)

Tarikh29 Julai 2010 (Khamis)
Tingkatan6RK2 (0705- 0815)
Tema 1Penduduk - Pertumbuhan Penduduk (Faktor-Faktor Pengaruh - Bahagian II)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran dan kadar kematian dan seterusnya kadar pertumbuhan penduduk di sesebuah negara.
Aktiviti
  1. Main peranan - lakonkan dialog yang disediakan
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiPelajar dapat mengikuti aktiviti perbincangan dengan baik. Perbincangan tentang pengaruh faktor governan dan bencana alam akan diteruskan pada sesi akan datang.

Berdasarkan dialog berikut, nyatakan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesebuah negara.

SENARIO 1

Ibu mertua :
Dah lima tahun kamu berdua berkahwin, rumah ni tetap sunyi juga. Alangkah baik kalau mak dapat timang cucu……

Azman (si suami) :
Mak bukannya tak tau, Nani dan Man sangat sibuk setiap hari. Hari-hari ada mesyuarat itu ini, apatah lagi kalau syarikat terima projek baru.

Rosnani (si isteri) :
Mak, bukannya kami tak nak beranak, kami dah cuba. Tambahan pula, kalau ada baby nanti, siapa nak jaga….? Nak upah orang gaji, mereka bukannya boleh harap sangat. Banyak cerita dalam TV kata oranng gaji ni mendera budak-budak jagaan mereka. Ada yang kena culik dan bawa ke tempat lain. Bayaran gaji mereka mahal pula.

Ibu mertua :
Mak kan ada? Mak kan boleh jaga cucu. Tak percayakan mak ke ni?

Rosnani :
Bukan macam tu, mak. Kami tak nak menyusahkan mak. Nanti mak keletihan.

Ibu mertua :
Itu alasan kamu orang. Langsung tak pedulikan mak!

Rosnani :
Bang, Nani nak pergi tidur dulu. Esok ada mesyuarat bahagian marketing. Good night!

Azman :
Good night!



SENARIO 2

Ibu :
Mina, anak perempuan jiran kita tu yang sebaya dengan engku minggu depan dah nak bersanding. Engkau ni bila?

Mina :
Mak, sekarang kan zaman moden, buat apa nak berkahwin cepat. Tambahan pula Mina nak study lagi…..

Ibu :
Study, study! Tak habis-habis dengan pengajian engkau tu. Masa lepas Form six, ada orang masuk meminang, kata nak pergi U. Sekarang dah dapat ijazah, kata nak buat Masters pulak. Nanti entahlah apa pula dia kata…..nak jadi professor ke…..

Mina :
Masa sekarang, selagi ada peluang untuk study, jangan lepaskan peluang. Nanti, kalau dah kahwin kelak, mana ada masa nak study. Suami pun mungkin tak izinkan.

Ibu :
Nanti usia dah lanjut baru nak kahwin, nak beranak pun susah….

Mina :
Inikan zaman moden, tak ada anak pun tak apa. Bila tua nanti, Mina ada duit pencen untuk sarakan diri. Lagipun, apa salahnya ambil anak angkat. Banyak anak yatim yang comel-comel kat rumah anak yatim tu.


Tarikh29 Julai 2010 (Khamis)
Tingkatan

6AK4 & 6AK1 (1055 - 1205)

Tema 4Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menyatakan maksud globalisasi ekonomi dan konsep-konsep yang berkaitan.
Aktiviti
  1. Agihan tugasan perbincangan dan pembentangan
  2. Perbincangan
  3. Soal-jawab
  4. Rumusan
  5. Rujukan: Tarif, Liberalisasi Perdagangan, FDI, Portfolio Investment , TNC.
Refleksi

Pelajar dapat mengikuti aktiviti P & P dengan baik.

Sunday, July 25, 2010

RPH Minggu 30 / Semester 2 (Rabu - 27/07/2010)

Tarikh28 Julai 2010 (Rabu)
Tingkatan

6AK2 (1055 - 1205)

Tema 4Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menyatakan maksud globalisasi ekonomi dan konsep-konsep yang berkaitan.
  2. Menghuraikan aspek saling kebergantungan antara kawasan dari aspek pelaburan, teknologi, pengeluaran dan bekalan buruh.
Aktiviti
  1. Perbincangan
  2. Soal-jawab
  3. Rumusan
  4. Rujukan: Tarif, Liberalisasi Perdagangan, FDI, Portfolio Investment , TNC.
Refleksi

Hasil pembelajaran kedua belum tercapai. Perbincangan akan diteruskan pada sesi P & P yang akan datang.

RPH Minggu 30 / Semester 2 (Selasa - 27/07/2010)

Tarikh27 Julai 2010 (Selasa)
Tingkatan6AK4 & 6AK1 (0705 - 0815)
Tema 3Latihan Amali Transformasi Desa dan Pembandaran - ( Peta Bulatan Berkadar)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Mempersembahkan data perangkaan dalam bentuk peta bulatan berkadar.
Aktiviti
  1. Melukiskan peta bulatan berkadar
  2. Perbincangan
  3. Rumusan
RefleksiPelajar dapat mempersembahkan data perangkaan dalam bentuk peta bulatan berkadar. Kemahiran menyiapkan kerja peta dalam masa yang diperuntukkan perlu ditingkatkan.



Tarikh27 Julai 2010 (Selasa)
Tingkatan

6AK3 (1055 - 1205)

Tema 4Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menyatakan maksud globalisasi ekonomi dan konsep-konsep yang berkaitan.
  2. Menghuraikan aspek saling kebergantungan antara kawasan dari aspek pelaburan, teknologi, pengeluaran dan bekalan buruh.
Aktiviti
  1. Perbincangan
  2. Soal-jawab
  3. Rumusan
  4. Rujukan: Tarif, Liberalisasi Perdagangan, FDI, Portfolio Investment , TNC.
Refleksi

Hasil pembelajaran kedua belum tercapai. Perbincangan akan diteruskan pada sesi yang akan datang.

RPH Minggu 30 / Semester 2 (Isnin - 26/07/2010)

Tarikh26 Julai 2010 (Isnin)
Tingkatan6RK2 (0705- 0815)
Tema 1Penduduk - Pertumbuhan Penduduk (Faktor-Faktor Pengaruh - Bahagian I)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran dan kadar kematian dan seterusnya kadar pertumbuhan penduduk di sesebuah negara.
Aktiviti
  1. Main peranan - lakonkan dialog yang disediakan
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiPelajar dapat mengikuti aktiviti P & P dengan baik. Aktiviti main peranan berjaya sampaikan mesej yang dikehendaki dan difahami oleh pelajar.

Berdasarkan dialog berikut, nyatakan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesebuah negara sedang membangun.


Si Suami :
Sawah padi kita ni tanah pusaka tinggalan arwah ayah. Kalau tak usahakannya, membazir namanya. Kalau nak usahakannya, abang seorang tak mampu.

Si Isteri :
Anak lelaki kita lima orang tu boleh bantu abang. Lepas balik dari sekolah nanti, saya khabar kat dia orang, ye bang.

Si Suami :
Engkau tengah sarat mengandung, siapa pula nak bantu buat kerja rumah nanti?....... dan nak jaga Siti dan Sarah yang masih nak menyusu tu?

Si Isteri :
Eh, eh abang ni! Kan ada Ida dan Fara yang boleh bantu saya.

Si Suami :
Terlupa pula abang. Itulah baiknya ada anak ramai, yang lelaki boleh bantu kerjakan sawah, yang perempuan pula boleh buat kerja rumah. Bila tua nanti, mereka boleh tolang sarakan, jaga kita…….Hari Raya kelak tentu meriah kan dengan adanya menantu-menantu, cucu yang ramai kan, yang?

Si Isteri :
Abang ni……. Belum apa-apa dah nak fikir jauh-jauh pula. Rezeki jangan ditolak. Tuhan bagi kita anak, kita jaga mereka dengan sebaik mungkin, walaupun terpaksa kita berjimat cermat.

Si Suami :
Baik sungguh isteri abang ni. Tak menyesal abang terima jodoh yang ditetapkan oleh arwah mak dan ayah dulu.

Si Isteri :
Baru abang tau ke……………..

Thursday, July 22, 2010

RPH Minggu 29 / Semester 2 (Jumaat - 23/07/2010)

Tarikh23 Julai 2010 (Jumaat)
Tingkatan6AK4 & 6AK1 (1055 -1205)
Tema 3Latihan Amali Transformasi Desa dan Pembandaran - ( Peta Bulatan Berkadar)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Mengira unit punca kuasa dua bagi data perangkaan yang diberi.
  2. Mempersembahkan data perangkaan dalam bentuk peta bulatan berkadar.
Aktiviti
  1. Membuat kerja pengiraan
  2. Perbincangan
  3. Rumusan
RefleksiPelajar dapat mengikuti aktiviti P & P dengan baik. Semua pelajar memerlukan masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Maka latihan melukis peta bulatan berkadar dijadikan kerja rumah.

RPH Minggu 29 / Semester 2 (Khamis - 22/07/2010)

Tarikh22 Julai 2010 (Khamis)
Tingkatan6RK2 (0705-0815)
Tema 1Pertumbuhan Penduduk - Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan Penduduk
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Mengiri purata kadar pertumbuhan tahunan penduduk dengan tepat dengan menggunakan panduan buku sifir dan kalkulator.
Aktiviti
  1. Membuat kerja pengiraan
  2. Perbincangan
  3. Rumusan
RefleksiPelajar dapat mengira purata kadar pertumbuhan tahunan penduduk dengan menggunakan kedua-dua kaedah tersebut.



Tarikh22 Julai 2010 (Khamis)
Tingkatan6AK4 & 6AK1 (1055 -1205)
Tema 3Latihan Amali Transformasi Desa dan Pembandaran - (Pembetulan Latihan Membuat Jadual Pengiraan & Peta Bulatan Berkadar)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menghasilkan jawapan dalam bentuk jadual dengan betul.
  2. Mengira unit punca kuasa dua dan jejari bulatan bagi data perangkaan yang diberi.
Aktiviti
  1. Membuat kerja pengiraan
  2. Perbincangan
  3. Rumusan
RefleksiAktiviti P & P berjalan seperti yang dirancangkan. Bagi pelajar yang belum berjaya menyiapkan jadual pengiraan unit punca kuasa dua dan jejari bulatan, ia dijadikan sebagai kerja rumah.

Sunday, July 18, 2010

RPH Minggu 29 / Semester 2 (Rabu - 21/07/2010)

Tarikh21 Julai 2010 (Rabu)
Tingkatan6AK2 (1055 -1205)
Tema 3Latihan Amali Transformasi Desa dan Pembandaran - (Rajah Segiempat Bujur Berbahagi)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Mempersembahkan data perangkaan yang diberi dalam bentuk rajah segimpat bujur berbahagi dengan tepat.
  2. Mentafsirkan maklumat pada rajah yang dilukis.
Aktiviti
  1. Melukis rajah
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiPelajar dapat menjawab soalan latihan yang diberi dengan baik dan mempersembahkan data perangkaan dalam rajah segiempat bujur berbahagi dengan tepat.

RPH Minggu 29 / Semester 2 (Selasa - 20/07/2010)

Tarikh20 Julai 2010 (Selasa)
Tingkatan

6AK4 & 6AK1 (0705 - 0815)

6AK3 (0815 - 0925)

Tema 3Latihan Amali Transformasi Desa dan Pembandaran - (Rajah Segiempat Bujur Berbahagi)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Mempersembahkan data perangkaan yang diberi dalam bentuk rajah segimpat bujur berbahagi dengan tepat.
  2. Mentafsirkan maklumat pada rajah yang dilukis.
Aktiviti
  1. Melukis rajah
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiPelajar dapat mempersembahkan data perangkaan dalam rajah segiempat bujur berbahagi. Namun, bagi Kelas 6AK4, pelajar belum mahir membuat jadual pengiraan. Guru akan memperbetulkan kesalahan pelajar dan pelajar dikehendaki membaiki kelemahan ini pada sesi P & P yang akan datang.

RPH Minggu 29 / semester 2 (Isnin - 19/07/2010)

Tarikh19 Julai 2010 (Isnin)
Tingkatan6RK2 (0705- 0815)
Tema 1Penduduk - Pertumbuhan Penduduk (Pengiraan)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Berdasarkan data perangkaan yang diberi mengira kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar, kadar pertumbuhan penduduk semula jadi, kadar pertumbuhan penduduk bukan semula jadi dan migrasi bersih.
AktivitiLatihan mengira.
RefleksiPelajar dapat mengira dan menyiapkan latihan yang diberi dengan baik. Hasil pembelajaran tercapai.

Wednesday, July 14, 2010

RPH Minggu 28 / Semester 2 (Jumaat - 16/07/2010)

Tarikh16 Julai 2010 (Jumaat)
Tingkatan

6AK2 (0705 - 0815)

6AK3 (1040 - 1140)

Tema 3Transformasi Desa dan Pembandaran
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembandaran di Malaysia.
  2. Menganalisa ciri-ciri topografi di sesebuah kawasan berdasarkan peta topografi yang diberi.
  3. Menghubung-kaitkan ciri-ciri topografi dengan pembangunan sosioekonomi kawasan yang dikaji.
Aktiviti
  1. Mentafsirkan maklumat pada peta topografi
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiAktiviti P & P berjalan dengan lancar. Penglibatan pelajar dalam aktiviti P & P adalah aktif.

RPH Minggu 28 / Semester 2 (Khamis - 15/072010)

Tarikh15 Julai 2010 (Khamis)
Tingkatan6RK2 (0705- 0815)
Tema 1Penduduk - Pertumbuhan Penduduk
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menjelaskan konsep-konsep asas kependudukan iaitu kadar kelahiran, kadar kematian, kadar pertumbuhan penduduk, kadar pertumbuhan semula jadi penduduk dan migrasi bersih.
  2. Mentafsirkan graf yang menunjukkan trend pertumbuhan penduduk dunia sejak tahun 1650 hingga 2010 (jangkaan).

Aktiviti
  1. Mentafsirkan graf yang menunjukkan trend pertumbuhan penduduk dunia.
  2. Perbincangan.
  3. Rumusan.
RefleksiAktiviti P & P berjalan dengan lancar. Penglibatan pelajar dalam aktiviti P & P adalah aktif.



Tarikh15 Julai 2010 (Khamis)
Tingkatan

6AK4 & 6AK1 (1055 - 1205)

Tema 3Transformasi Desa dan Pembandaran
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembandaran di Malaysia.
  2. Menganalisa ciri-ciri topografi di sesebuah kawasan berdasarkan peta topografi yang diberi.
  3. Menghubung-kaitkan ciri-ciri topografi dengan pembangunan sosioekonomi kawasan yang dikaji.
Aktiviti
  1. Mentafsirkan maklumat pada peta topografi
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiPelajar dapat mentafsirkan maklumat pada peta topografi. Majoriti daripada pelajar dapat menjawab soalan latihan yang diberi dengan baik.

Monday, July 12, 2010

RPH Minggu 28 / Semester 2 (Rabu - 14/07/2010)

Tarikh14 Julai 2010 (Rabu)
Tingkatan

6AK2 (1055 - 1205)

Tema 3Transformasi Desa dan Pembandaran
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembandaran di Malaysia.
  2. Menerangkan kesan-kesan pembandaran terhadap sosioekonomi penduduk dan alam sekitar fizikal di Malaysia.
  3. Menjelaskan ciri-ciri kawasan setinggan dan faktor-faktor yang menggalakkan fenomena ini wujud di sesebuah negara.
  4. Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membendung masalah ini
  5. Menghuraikan strategi pembandaran di Malaysia.
Aktiviti
  1. Pembentangan kumpulan
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiPembentangan dan perbincangan berjalan dengan lancar. Namun, terdapat beberapa soalan yang dikemukan oleh pelajar belum sempat dijawab. Perbincangan akan diteruskan pada sesi yang akan datang.

RPH Minggu 28 / Semester 2 (Selasa - 13/07/2010)

Tarikh13 Julai 2010 (Selasa)
Tingkatan

6AK4 & 6AK1 (0705 - 0815)

6AK3 (0815 - 0925)

Tema 3Transformasi Desa dan Pembandaran
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembandaran di Malaysia.
  2. Menerangkan kesan-kesan pembandaran terhadap sosioekonomi penduduk dan alam sekitar fizikal di Malaysia.
  3. Menjelaskan ciri-ciri kawasan setinggan dan faktor-faktor yang menggalakkan fenomena ini wujud di sesebuah negara.
  4. Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membendung masalah ini
  5. Menghuraikan strategi pembandaran di Malaysia.
Aktiviti
  1. Pembentangan kumpulan
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiPembentangan dan perbincangan berjalan dengan lancar. Namun, terdapat beberapa soalan yang dikemukan oleh pelajar belum sempat dijawab. Perbincangan akan diteruskan pada sesi yang akan datang.

Sunday, July 11, 2010

RPH Minggu 28 / Semester 2 (Isnin - 12/'07/2010)

Tarikh12 Julai 2010 (Isnin)
Tingkatan6RK2 (0705- 0815)
Tema 1Penduduk - Taburan Penduduk
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menganalisa ciri-ciri taburan penduduk berdasarkan peta koroplet yang dihasilkan oleh pelajar (kerja rumah minggu lepas).
  2. Membincangkan pembetulan bagi Ujian Topikal 1.
  3. Mentafsirkan graf yang menunjukkan trend pertumbuhan penduduk dunia sejak tahun 1650 hingga 2010 (jangkaan).
Aktiviti
  1. Mentafsirkan graf yang menunjukkan trend pertumbuhan penduduk dunia.
  2. Perbincangan.
  3. Rumusan.
RefleksiPelajar memerlukan bimbingan yang lebih untuk melukis peta koroplet. Objektif 3 belum tercapai. Perbincangan akan diteruskan pada sesi yang akan datang.

Thursday, July 8, 2010

RPH Minggu 27 / Semester 2 (Jumaat - 09/07/2010)

Tarikh9 Julai 2010 (Jumaat)
Tingkatan

6AK2 (0705 - 0815)

6AK3 (1040 - 1140)

Tema 3Transformasi Desa dan Pembandaran
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Membincangkan dasar dan strategi pembangunan desa yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
  2. Mencadangkan pelbagai bentuk pembangunan untuk memajukan Daerah Serian.
  3. Mentakrifkan maksud bandar dan pembandaran
  4. Mengenal pasti jenis-jenis bandar.
  5. Membincangkan peranan bandar (pemasaran, pekerjaan, pemodenan, kemudahan perkhidmatan, pembentukan golongan menengah, pembauran inovasi).
Aktiviti
  1. Perbincangan
  2. Soal-jawab
  3. Rumusan
RefleksiPelajar dapat mengikuti aktiviti P & P dengan baik.

RPH Minggu 27 / Semester 2 (Khamis - 08/07/2010)

Tarikh8 Julai 2010 (Khamis)
Tingkatan6RK2 (0705- 0815)
Tema 1Penduduk - Taburan Penduduk (Peta Koroplet)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Membina skema kelas yang sesuai dan melukis peta koroplet bagi menunjukkan keadaan kepadatan penduduk di kawasan kajian.
Aktiviti
  1. Ujian Topikal 1
  2. Latihan membina skema kelas.
  3. Melukis peta koroplet.
RefleksiPelajar dapat membina skema kelas yang sesuai. Kerja melukis peta koroplet dijadikan sebagai kerja rumah.


Tarikh8 Julai 2010 (Khamis)
Tingkatan

6AK4 & 6AK1 (1055 - 1205)

Tema 3Transformasi Desa dan Pembandaran
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Membincangkan dasar dan strategi pembangunan desa yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
  2. Mencadangkan pelbagai bentuk pembangunan untuk memajukan Daerah Serian.
  3. Mentakrifkan maksud bandar dan pembandaran
  4. Mengenal pasti jenis-jenis bandar.
  5. Membincangkan peranan bandar (pemasaran, pekerjaan, pemodenan, kemudahan perkhidmatan, pembentukan golongan menengah, pembauran inovasi).
Aktiviti
  1. Perbincangan
  2. Soal-jawab
  3. Rumusan
RefleksiPelajar dapat mengikuti aktiviti P & P dengan baik.

Monday, July 5, 2010

RPH Minggu 27 / Semester (Rabu - 07/07/2010)

Tarikh7 Julai 2010 (Rabu)
Tingkatan

6AK2 (1055 - 1205)

Tema 3Transformasi Desa dan Pembandaran
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menyatakan fungsi-fungsi utama Bandar Serian dan kawasan desa di sekitarnya.
  2. Menerangkan bagaimana perbezaan fungsi yang wujud antara kedua-dua kawasan Bandar Serian dengan kawasan desa di sekitarnya telah membolehkan kedua-dua kawasan tersebut saling bergantungan/melengkapi.
  3. Membincangkan dasar dan strategi pembangunan desa yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
  4. Mencadangkan pelbagai bentuk pembangunan untuk memajukan Daerah Serian.
Aktiviti
  1. Pembentangan kumpulan
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiPelajar dapat membincangkan topik ini dengan baik. Namun terdapat beberapa soalan yang dikemukan oleh pelajar lain belum sempat dibincangkan. Perbincangan akan diteruskan pada sesi P & P yang akan datang.

RPH Minggu 27 / Semester 2 (Selasa - 06/07/2010)

Tarikh6 Julai 2010 (Selasa)
Tingkatan

6AK4 & 6AK1 (0705 - 0815)

6AK3 (0815 - 0925)

Tema 3Transformasi Desa dan Pembandaran
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menyatakan fungsi-fungsi utama Bandar Serian dan kawasan desa di sekitarnya.
  2. Menerangkan bagaimana perbezaan fungsi yang wujud antara kedua-dua kawasan Bandar Serian dengan kawasan desa di sekitarnya telah membolehkan kedua-dua kawasan tersebut saling bergantungan/melengkapi.
  3. Membincangkan dasar dan strategi pembangunan desa yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
  4. Mencadangkan pelbagai bentuk pembangunan untuk memajukan Daerah Serian.
Aktiviti
  1. Pembentangan kumpulan
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiPelajar dari Kelas 6AK4/K1 dapat membincangkan topik ini dengan baik. Bagi Kelas 6AK3 pula kumpulan pembentang tidak membuat persediaan yang cukup. Perbincangan tentang topik ini akan diteruskan pada sesi P & P yang akan datang.

Sunday, July 4, 2010

RPH Minggu 27 / Semester 2 (Isnin - 5 Julai 2010)

Tarikh5 Julai 2010 (Isnin)
Tingkatan6RK2 (0705- 0815)
Tema 1Penduduk - Taburan Penduduk
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Mengira kepadatan penduduk di sesebuah kawasan.
  2. Mencari selang kelas dan membina skema kelas yang sesuai untuk melukis peta koroplet bagi menunjukkan keadaan kepadatan penduduk di kawasan kajian.
Aktiviti
  1. Latihan mengira kepadatan penduduk.
  2. Latihan mencari selang kelas dan membina skema kelas.
  3. Perbincangan.
  4. Rumusan.
RefleksiPelajar dapat mengikuti aktiviti P & P dengan baik. Pelajar perlu lebih banyak masa untuk menentukan selang kelas yang sesuai dan seterusnya membina skema kelas yang sesuai dengan peta.