What Is Geography?

Wednesday, July 28, 2010

RPH Minggu 30 / Semester 2 (Khamis - 29/07/2010)

Tarikh29 Julai 2010 (Khamis)
Tingkatan6RK2 (0705- 0815)
Tema 1Penduduk - Pertumbuhan Penduduk (Faktor-Faktor Pengaruh - Bahagian II)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran dan kadar kematian dan seterusnya kadar pertumbuhan penduduk di sesebuah negara.
Aktiviti
  1. Main peranan - lakonkan dialog yang disediakan
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiPelajar dapat mengikuti aktiviti perbincangan dengan baik. Perbincangan tentang pengaruh faktor governan dan bencana alam akan diteruskan pada sesi akan datang.

Berdasarkan dialog berikut, nyatakan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesebuah negara.

SENARIO 1

Ibu mertua :
Dah lima tahun kamu berdua berkahwin, rumah ni tetap sunyi juga. Alangkah baik kalau mak dapat timang cucu……

Azman (si suami) :
Mak bukannya tak tau, Nani dan Man sangat sibuk setiap hari. Hari-hari ada mesyuarat itu ini, apatah lagi kalau syarikat terima projek baru.

Rosnani (si isteri) :
Mak, bukannya kami tak nak beranak, kami dah cuba. Tambahan pula, kalau ada baby nanti, siapa nak jaga….? Nak upah orang gaji, mereka bukannya boleh harap sangat. Banyak cerita dalam TV kata oranng gaji ni mendera budak-budak jagaan mereka. Ada yang kena culik dan bawa ke tempat lain. Bayaran gaji mereka mahal pula.

Ibu mertua :
Mak kan ada? Mak kan boleh jaga cucu. Tak percayakan mak ke ni?

Rosnani :
Bukan macam tu, mak. Kami tak nak menyusahkan mak. Nanti mak keletihan.

Ibu mertua :
Itu alasan kamu orang. Langsung tak pedulikan mak!

Rosnani :
Bang, Nani nak pergi tidur dulu. Esok ada mesyuarat bahagian marketing. Good night!

Azman :
Good night!



SENARIO 2

Ibu :
Mina, anak perempuan jiran kita tu yang sebaya dengan engku minggu depan dah nak bersanding. Engkau ni bila?

Mina :
Mak, sekarang kan zaman moden, buat apa nak berkahwin cepat. Tambahan pula Mina nak study lagi…..

Ibu :
Study, study! Tak habis-habis dengan pengajian engkau tu. Masa lepas Form six, ada orang masuk meminang, kata nak pergi U. Sekarang dah dapat ijazah, kata nak buat Masters pulak. Nanti entahlah apa pula dia kata…..nak jadi professor ke…..

Mina :
Masa sekarang, selagi ada peluang untuk study, jangan lepaskan peluang. Nanti, kalau dah kahwin kelak, mana ada masa nak study. Suami pun mungkin tak izinkan.

Ibu :
Nanti usia dah lanjut baru nak kahwin, nak beranak pun susah….

Mina :
Inikan zaman moden, tak ada anak pun tak apa. Bila tua nanti, Mina ada duit pencen untuk sarakan diri. Lagipun, apa salahnya ambil anak angkat. Banyak anak yatim yang comel-comel kat rumah anak yatim tu.


Tarikh29 Julai 2010 (Khamis)
Tingkatan

6AK4 & 6AK1 (1055 - 1205)

Tema 4Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menyatakan maksud globalisasi ekonomi dan konsep-konsep yang berkaitan.
Aktiviti
  1. Agihan tugasan perbincangan dan pembentangan
  2. Perbincangan
  3. Soal-jawab
  4. Rumusan
  5. Rujukan: Tarif, Liberalisasi Perdagangan, FDI, Portfolio Investment , TNC.
Refleksi

Pelajar dapat mengikuti aktiviti P & P dengan baik.

No comments:

Post a Comment