What Is Geography?

Monday, February 28, 2011

RPH Minggu 9 / Semester 1 (Isnin - 28/02/2011)

Tarikh

28 Februari 2011 (Isnin)
Tingkatan6AK2 (1055 - 1205)
TajukPembangunan Ekonomi & Impak Alam Sekitar
Sub-TajukSektor-sektor Ekonomi - Perhutanan
Objektif

Pelajar dapat,

1. Mentafsir maklumat pada poster "Biodiversity - Sarawak Natural Heritage".

2. Menerangkan ciri-ciri hutan dipterokap di Malaysia.

3. Menghuraikan kepentingan hutan di negara-negara Asia Tenggara.

4. Menjelaskan kesan-kesan penyahhutanan terhadap biodiversiti di negara-negara Asia Tenggara.

Aktiviti

1. Amalan berkomunikasi

2. Perbincangan

3. Sumbangsaran

4. Mencari isi dan contoh-contoh penyokong pada contoh jawapan soalan esei Geografi Kertas 2.

4. Rumusan

Catatan / RefleksiPelajar dapat mengikuti aktiviti P & P dengan baik. Penglibatan pelajar adalah aktif. Terdapat 2 orang pelajar yang agak lemah mentafsirkan maklumat pada poster. Pelajar ini akan diberi bimbingan khas.

Tuesday, February 22, 2011

Minggu 8 / Semester 1 (23 - 25 Feb 2011)

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Serian Ke-46
23 - 25 Februari 2011
(Rabu - Jumaat)

Tempat: Stadium Mini Serian

Monday, February 21, 2011

RPH Minggu 8 / Semester 1 (Isnin - 21/02/2011)

Tarikh

21 Februari 2011 (Isnin)
Tingkatan6AK2 (1055 - 1205)
TajukPembangunan Ekonomi & Impak Alam Sekitar
Sub-TajukSektor-sektor Ekonomi - Perhutanan
Objektif

Pelajar dapat,

1. Menjelaskan sumbangan hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

2. Menghuraikan kesan-kesan negatif yang ditimbulkan oleh aktiviti pembalakan tersebut.

3. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti penyahhutanan giat berlaku di negara-negara sedang membangun terutamanya negara-negara tropika.

4. Menerangkan langkah-langkah pengurusan sumber hutan di Malaysia.

Aktiviti

1. Amalan berkomunikasi

2. Pembentangan kumpulan & perbincangan

3. Sumbangsaran

4. Rumusan

Catatan / RefleksiPelajar kurang bersedia untuk membentangkan topik yang ditetapkan. Sebagai tindakan sesulan, pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan pembentangan dalam bentuk esei.

Wednesday, February 16, 2011

RPH Minggu 7 / Semester 1 (Rabu - 16/02/2011)

Tarikh

16 Februari 2011 (Rabu)
Tingkatan6AK2 (0705 - 0815)
TajukPembangunan Ekonomi & Impak Alam Sekitar
Sub-TajukSektor-sektor Ekonomi - Perhutanan
Objektif

Pelajar dapat,

1. Menghuraikan pelbagai jenis dan ciri-ciri hutan di dunia.

2. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan perhutanan di sesebuah negara.

Aktiviti

1. Amalan berkomunikasi

2. Pembentangan kumpulan

3. Sumbangsaran

4. Rumusan

Catatan / Refleksi

Pelajar dapat menjelaskan ciri-ciri bagi 4 jenis hutan / tumbuhan semula jadi dan menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan perhutanan di sesebuah negara. Secara lisan, objektif P & P tercapai.

Saturday, February 12, 2011

RPH Minggu 7 / Semester 1 (Isnin - 14/02/2011)

Tarikh

14 Februari 2011 (Isnin)
Tingkatan6AK2 (1055 - 1205)
TajukPembangunan Ekonomi & Impak Alam Sekitar
Sub-TajukSektor-sektor Ekonomi - Perikanan dan Perhutanan
Objektif

Pelajar dapat,

1. Mengenal pasti kelemahan diri semasa menjawab soalan-soalan Ujian Topikal 2 (perikanan) dan berusaha untuk membaikinya.

2. Menghuraikan pelbagai jenis dan ciri-ciri hutan di dunia.

Aktiviti

1. Amalan berkomunikasi

2. Perbincangan & pembetulan Ujian Topikal 2.

3. Perbincangan dan pembentangan kumpulan

4. Sumbangsaran

5. Rumusan

Catatan / Refleksi

Perbincangan tentang topik-topik di atas ditangguhkan sebab pelajar memerlukan bimbingan lebih semasa perbincangan dan pembetulan Ujian Topikal 2. Pelajar hanya sempat membincangkan ciri-ciri pelbagai jenis tumbuhan semula jadi dalam kumpulan, manakala pembentangan kumpulan untuk topik berkenaan akan diadakan pada sesi P & P yang akan datang.

Tuesday, February 8, 2011

RPH Minggu 6 / Semester 1 (Rabu - 09/02/2011)

Tarikh

9 Februari 2011 (Selasa)
Tingkatan6AK2 (0705 - 0815)
TajukPembangunan Ekonomi & Impak Alam Sekitar
Sub-TajukSektor-sektor Ekonomi - Perikanan
Objektif

Pelajar dapat,

1. Menghuraikan sumbangan kegiatan perikanan kepada pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah negara.

2. Menguji tahap penguasaan pelajar terhadap topik-topik yang telah dibincangkan pada sesi P & P yang lepas.

Aktiviti

1. Amalan berkomunikasi

2. Perbincangan

3. Sumbangsaran

4. Rumusan

5. Ujian Topikal 2

Catatan / Refleksi

Hasil ujian menunjukkan majoriti pelajar ada kemajuan dalam bidang menghurai sesuatu isi. Terdapat sebilangan pelajar yang masih belum dapat memberi 3 contoh yang relevan untuk huraian masing-masing. Terdapat 4 orang pelajar yang sangat lemah semasa menjawab soalan dan mereka ini memerlukan bimbingan khas dari guru.

Sunday, February 6, 2011

RPH Minggu 6 / Semester 1 (Isnin - 07/02/2011)

Tarikh

7 Februari 2011 (Isnin)
Tingkatan6AK2 (1055 - 1205)
TajukPembangunan Ekonomi & Impak Alam Sekitar
Sub-TajukSektor-sektor Ekonomi - Perikanan
Objektif

Pelajar dapat,

1. Menghuraikan sumbangan kegiatan perikanan kepada pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah negara.

Aktiviti

1. Amalan berkomunikasi

2. Perbincangan

3. Sumbangsaran

4. Rumusan

Catatan / Refleksi

Perbincangan tentang topik sumbangan kegiatan perikanan ditangguhkan memandangkan guru perlu membincangkan jawapan bagi latihan yang diberi kepada pelajar pada Cuti Tahun Baru Cina yang lepas dan memperjelaskan beberapa sub-topik jelas dalam pembentangan kumpulan dalam sesi P & P yang lepas.