What Is Geography?

Monday, July 25, 2011

RPH Minggu 30 / Semester 2 (Khamis - 28/07/2011)

Tarikh28 Julai 2011 (Khamis)
Tingkatan

6AK2 (0945 - 1055)

Tema 4Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menerangkan kepentingan perdagangan antarabangsa terhadap negara-negara ASEAN.
  2. Menjelaskan program-program kerjasama yang dilaksanakan oleh ASEAN.
  3. Menjelaskan halangan-halangan yang dihadapi oleh negara-negara ASEAN untuk meningkatkan perdagangan.
  4. Menjelaskan masalah-masalah yang timbul akibat kerjasama ekonomi antarabangsa.
  5. Menjelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan import barangan dari negara-negara maju.
Aktiviti
  1. Perbincangan dan pembentangan kumpulan
  2. Perbincangan
  3. Soal-jawab
  4. Rumusan
  5. Rujukan: Google ASEAN.
RefleksiPelajar dapat membincangkan topik ini dengan baik. Penglibatan pelajar adalah aktif.



Tarikh28 Julai 2011 (Khamis)
Tingkatan6RK4 (0815- 0925)
Tema 1Penduduk - Pertumbuhan Penduduk (Faktor-Faktor Pengaruh - Bahagian II)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran dan kadar kematian dan seterusnya kadar pertumbuhan penduduk di sesebuah negara.
Aktiviti
  1. Main peranan - lakonkan dialog yang disediakan
  2. Soal-jawab
  3. Perbincangan
  4. Rumusan
RefleksiLakonan dialog dapat memudahkan pemahaman pelajar terhadap topik yang dibincangkan. Walaubagaimanapun, perbincangan perlu diteruskan sebab terdapat 3 faktor daripada 13 faktor yang belum sempat dibincangkan.

Berdasarkan dialog berikut, nyatakan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesebuah negara sedang membangun.


Si Suami :
Sawah padi kita ni tanah pusaka tinggalan arwah ayah. Kalau tak usahakannya, membazir namanya. Kalau nak usahakannya, abang seorang tak mampu.

Si Isteri :
Anak lelaki kita lima orang tu boleh bantu abang. Lepas balik dari sekolah nanti, saya khabar kat dia orang, ye bang.

Si Suami :
Engkau tengah sarat mengandung, siapa pula nak bantu buat kerja rumah nanti?....... dan nak jaga Siti dan Sarah yang masih nak menyusu tu?

Si Isteri :
Eh, eh abang ni! Kan ada Ida dan Fara yang boleh bantu saya.

Si Suami :
Terlupa pula abang. Itulah baiknya ada anak ramai, yang lelaki boleh bantu kerjakan sawah, yang perempuan pula boleh buat kerja rumah. Bila tua nanti, mereka boleh tolang sarakan, jaga kita…….Hari Raya kelak tentu meriah kan dengan adanya menantu-menantu, cucu yang ramai kan, yang?

Si Isteri :
Abang ni……. Belum apa-apa dah nak fikir jauh-jauh pula. Rezeki jangan ditolak. Tuhan bagi kita anak, kita jaga mereka dengan sebaik mungkin, walaupun terpaksa kita berjimat cermat.

Si Suami :
Baik sungguh isteri abang ni. Tak menyesal abang terima jodoh yang ditetapkan oleh arwah mak dan ayah dulu.

Si Isteri :
Baru abang tau ke……………..

No comments:

Post a Comment