What Is Geography?

Tuesday, June 28, 2011

RPH Minggu 26 / Semester 2 (Khamis - 30/06/2011)

Tarikh30 Jun 2011 (Khamis)
Tingkatan6RK4 (0815 - 0945)
Tema 1Penduduk - Kemahiran Amali (Menyediakan peta koroplet)
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Mengenal pasti tahap penguasaan isi pelajar yang lepas.
  2. Mengira kepadatan penduduk di Malaysia.
  3. Menentukan skala jeda dan membina skema kelas yang sesuai untuk peta koroplet.
Aktiviti
  1. Ujian Topikal 1.
  2. Perbincangan.
  3. Soal-jawab.
  4. Mengira kepadatan penduduk.
  5. Menentukan skala jeda dan membina skema kelas yang sesuai.
  6. Rumusan.
RefleksiObjektif ketiga belum tercapai. Ia akan dibincangkan pada sesi P & P yang akan datang. Hasil ujian menunjukkan majoriti pelajar dapat menguasai pelajar yang lepas dengan baik. Terdapat 3 orang pelajar yang memerlukan bimbingan khas kerana lemah dalam bidang penulisan.



Tarikh30 Jun 2011 (Khamis)
Tingkatan

6AK2 (0945 - 1055)

Tema 3Transformasi Desa dan Pembandaran
Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Membincangkan dasar dan strategi pembangunan desa yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
  2. Mencadangkan pelbagai bentuk pembangunan untuk memajukan Daerah Serian.
  3. Mentakrifkan maksud bandar dan pembandaran
  4. Mengenal pasti jenis-jenis bandar.
  5. Membincangkan peranan bandar (pemasaran, pekerjaan, pemodenan, kemudahan perkhidmatan, pembentukan golongan menengah, pembauran inovasi).
Aktiviti
  1. Perbincangan
  2. Soal-jawab
  3. Rumusan
RefleksiPelajar dapat mengikuti perbincangan dengan baik dan aktif. Walau bagaimanapun, pelajar dikehendaki membuat nota bagi sub-topik berkenaan.

No comments:

Post a Comment