What Is Geography?

Tuesday, January 18, 2011

RPH Minggu 3 / Semester 1 (Rabu - 19/01/2011)

Tarikh

19 Januari 2011 (Rabu)
Tingkatan6AK2 (0705 - 0815)
TajukPembangunan Ekonomi & Impak Alam Sekitar
Sub-TajukSektor-sektor Ekonomi - Pertanian
Objektif

Pelajar dapat

1. Membincangkan usaha yang dijalankan untuk memajukan sektor pertanian di Malaysia. Jelaskan bagaimana Dasar Pertanian Negara yang sedia ada membantu pembangunan sektor ini. Nyatakan juga program-program pembangunan setempat yang berkaitan dan peranan pelbagai agensi yang terlibat dalam usaha tersebut.

2. Membincangkan bagaimana aktiviti pertanian boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar. Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan kesan-kesan negatif tersebut.

3. Merujuk kepada kajian kes yang telah anda jalankan di Daerah Serian,

a. Menyatakan jenis-jenis tanaman yang diusahakan oleh penduduk di kawasan tersebut.

b. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi jenis-jenis tanaman utama yang diusahakan di kawasan tersebut.

c. Membincangkan sumbangan aktiviti pertanian tersebut kepada ekonomi penduduk setempat.

d. Mengenal pasti impak aktiviti pertanian tersebut terhadap alam sekitar setempat.

e. Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan impak aktiviti pertanian terhadap alam sekitar.

Aktiviti

1. Amalan Berkomunikasi

2. Pembentangan Kumpulan

3. Perbincangan

4. Sumbangsaran

5. Rumusan

Catatan / Refleksi

Pelajar dapat membincangkan topik tersebut dengan baik dan jelas. Penglibatan pelajar adalah aktif.

No comments:

Post a Comment